About Me

My photo
Aku BUKan PEnCerita bUkaN jUga PereKA cRiter Aku AdaLah akU YaNg LahiR DiMuka bUmi Pada 25 JUn Aku HanYe IngiN mEluaHkan DaN berKongSi CeRitA YAnG MasiH SurviVe di UM MeMegganG AmAnah seBAgai Student SuPaya AgaMa, Bangsaku, dAN nEGaraKU TErPelihaRa ThE HEadGurlZ a.k.a geeda

Friday, April 23, 2010

DARIPADA MU KAMI DATANG DAN KEPADA MU JUA KAMI KEMBALI

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”.

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam

Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Yang menguasai hari pembalasan

Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan

Tunjukilah kami jalan yang luruS

(yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.


Baru semalam aku rasa aku melihatmu, baru semalam aku rasa aku menjagamu, baru semalam aku melihat kau tersenyum dan tertawa, baru semalam aku melihat kegigihan mu dalam melawan segala kesakitan.. tapi kini kau telah pergi kembli padaNYA... Aku masih teringat kau yang mengajar aku erti menahan diri dari makan dan minum sebagai berpuasa.. menjagaku sejak kecil... aku msih teringat... " makan nasi ni sampai habis, nanti nasi menangis." Ketika itu aku ingin tidur.. memandangkan aku tidak menjamah apa2 kau memujukku utk mengalas perut.. dan kerana percaya nasi akan menangis le aku makan.. Kau menjadi ibu kepada 4 orang anak yang baru belajar erti kehidupan.. Disaat kau mengumpul kekuatan dalam melawan penderitaan serta sabar menghadapi segala dugaan kau masih mampu tersenyum, memberi semgat kepada semua termasuk aku.. belum puas aku menjagamu, belum puas aku berkongsi cerita dengan mu, belum sempat aku menunjukkan hari kegembiraan ALLAH telah menjemputmu.. Aku redha, kerana itu yang terbaik utkmu..kesakitan yang kau tanggung berakhir tika ini..

Breast Carcinoma which is being a highest rate cancer disease for women... itu yang aku belajar.. tidak kusangka kau pergi kerananya...19 April, 5 Jamadilawal... mak cik aku, ASNAH BT MD YASAN telah pergi menghadap ILAHI.. Semoga bliau ditempatkan bersama orang2 yang beriman..

Hati aku makin tergerak untuk menjadi seorang guru. kerana Ilmunya akan dibawa kemana2.. aku terharu melihat saat makcik aku dimandikan dan di kafankan. aku membari pertolongan setakat yang termampu kerana itu yang terakhir aku mampu membantu selain berdoa. terima kasih kepada semua yag membantu.. penuh rumah beliau hingga keluar rumah dibanjiri oleh kenalan. Guru2, anak murid, saudara mara..

Allah Subhannahu wa Ta'ala berfirman : (Ali-Imran: 185) :
“Tiap-tiap jiwa akan merasakan kematian dan sesungguhnya pada hari kiamatlah akan disempurnakan pahalamu, barangsiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung dan kehidupan dunia hanyalah kehidupan yang memperdaya-kan”.

Setiap permulaan pasti ada perpisahan.. AllAh telah janjikan kepada kita saat itu.

Alloohummaghfir li (Asnah bt Safiah) warfa' darajatahuu fil mahdiyyiin wakhlufhu fii aqibihii fil ghaabiriin waghfir lanaa walahuu yaa rabbal aalamiin wafsah lahuu fii qabrihi wa nawwir lahuu fiihi

ya Allah ampunilah (Asnah bt Safiah) angkatlah derajatnya dlm kelompok org2 yg mendapat petunjuk berilah penggantinya sesdh kepergiannya menyusul org2 yg tlah berlalu,ampunilah kami&dia,wahai Tuhan alam semesta berikanlah dia kelapangan d dlm kuburnya&terangilah dia didlm kuburnya
Hr Muslim no 456





2 comments:

asrar said...

ya Allah..Kau golongkanlah rohnya di dalam golongan org yg Kau rahmati..ameen

walaupun ku hanya beberapa kali menemui arwah, tapi ku dapat rasakan keramahnnya sehingga terjalin kasih syg antara kami..

kali terakhir ku menemui arwah..dapat melihat ketabahannya melawan kesakitan yg dihadapi..
sebelum pulang, sempatku bersalam dan mengucup pipinya sambil aku berdoa moga 'Allah merahmatimu'.

dalam perjalanan pulang, penulis bertanyakan prognosis of the disease, i said, poor prognosis..hopefully she can accept it.

Ingatlah kita semua akan kembali kepadaNya satu hari nnt, semua yang ade kt dunia ni hanya pinjaman dariNya. Ku berharap penulis dpt tabahkan hati menerima takdir Ilahi. sekian..wslm.

nona hidayah said...

aminn