About Me

My photo
Aku BUKan PEnCerita bUkaN jUga PereKA cRiter Aku AdaLah akU YaNg LahiR DiMuka bUmi Pada 25 JUn Aku HanYe IngiN mEluaHkan DaN berKongSi CeRitA YAnG MasiH SurviVe di UM MeMegganG AmAnah seBAgai Student SuPaya AgaMa, Bangsaku, dAN nEGaraKU TErPelihaRa ThE HEadGurlZ a.k.a geeda

Sunday, June 19, 2011

SorrY

Assalam..

Baru semalam, sabtu aku men pingpong kat cyberjaya.. eeuuu kalah.. hahaha...beseler adat permainan.. dh lama tk men...time men tuh aku mmg blur... ntah ar.. pk aper aku pon tak tau.. tak kisah pownn...

Sekarang nak citer pasal aper...

Opss sorry

This is special 4 Nana..

Uhuuu.. Im sorry babe...



Tak sempat



Thursday, June 9, 2011

Sudah sediakah Anda??

Haip.. assalam untuk semua..

Sihatkah kekawan aku nih...?? hopefully... Aper aku nak citer sepanjang 24 hours nih... Tak banyak... hurmmm... Suddenly teringat beberapa perkara.. Baru2 nih aku berjumpa dengan seorang Inche yang sgt ensem dan Coolio.. kalau beliau tak kawen lagi aku offer dri babe... hikhik (selingan gurauan beserta kepoyoan),,Beliau mengingatkan aku.. rebutlah 5 perkara sebelum dtg 5 perkara.. tapi jika salah satunye telah pun datang.. jangan berputus asa untuk merebut 4 perkara lagi.. Korang tau tak aper 2 5 perkara.. Haila.. Tak berapa nak tau erk.. No hal.. aku leyh share..



Kenapa mati disebut yang paling last bukan yang paling awal or tengah2 dan yang laen sebaliknye.. sebab sebelum kiter mati kiter mampu untuk memncapai 4 perkara yang laen... Dan sudah sediakan cik puan/Tuan mengenai mati.. tak salah untuk ingat mati supaya kiter sentisa khuatir untuk melakukan dosa dan berlumba untuk melakukan kejahatan.. peringatan untuk aku gak....

3 perkara yang akan kita bawak mati...

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."

(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)

Jadi kiter tak yah wat apa lah kan melainkan wat 3 perkara nih.. tak yah kerja.. dok rumah tambahkan ilmu, sedekahnyer dan didik anak baca doa untuk kiter... Haha.. itu orang yang membuta tuli dalam sesuatu jer akan wat cam tuh.. hahah.. sebabnye.. kalau kiter tak bekerja, tak wat benda laen macam maner nak lakukan 3 perkara tersebut... contohnye tak kijer tak der uit, tak dpt nak sedekah.. uhu.. alah sehinggit jerk pon ok wat.. tapi orang kiter selalu berkira lebeyh2 lagi time sempit.. sehinggt pon nanti bile nak kuarkan uit tuh die pk sehinggt nih leyh wat aku beli air nih.. cet.. biler kiter bersedekah kiter akan di murahkan rezeki ma..

Ilmu... ilmu tuh sgtlah luas.. tak yah p belajar tinggi22 sampai bertingkat 2 untuk dptkan ilmu tuh.. sebabnye ilmu ALLAh pon luas..seperti perumpamaan:
ika semua lautan di bumi dijadikan tinta untuk menulis Kalam Allah Subhanahu wa Ta'ala niscaya kering air laut masih belum dapat menulis kesemua Kalam Allah Subhanahu wa Ta'ala walaupun di tambah lagi 7 lautan, tidak mengapa, tambah lagi 7 lautan yang sama, niscaya kering juga tapi Kalam Allah Subhanahu wa Ta'ala masih belum kering.
hurm aper lagi yang nak.. hatta kite memandang sekeliling dan berfikir pon dah dikategorikan sebagai ilmu... lalu kite sampaiikan kat orang laen walau 1 ayat.. perghh senang giler...

Anak soleyh.. Alamak aku nak ckp aper erk.. hurmm.. untuk dkiter dapat seorang anak yang soleh dan solehah.. kiter perlu jadi anak yang soleh dan solehah.. ( kalau tak paham gak.. Lu pikirlah sendirik)..

Sebab tuh lah.. biler dikaitan kehidupan kiter dengan mati.. maka dengan serta merta kite akan mula berhati2 dalam sesuatu benda... Hurmmmm tiber2 aku teringat mengenai sesuatu.. kire leyh combine ar dalam tajuk nih.. hurmm Berhati2 dalam sesuatu.. Kalau kiter tak mau diri difitnah jangan kiter masuk dalam kategori dan melakukan perkara2 yang boleyh mendatangkan fitnah.. Hurm.. Aku selalu ditegur oleyh kekawan aku.. ingat lagi bile seorang kawan (MR.) ingin mengambil aku dan menghantar aku dr 1 tempat ke 1 tempat perkara ini diingatkan oleh nana.. tq babe.. elakkan diri dari difitnah.. pergh.. tapi bagi aku.. alah.. kawan jerk pon .. bukan buat aper pown.. Ingat juga peristiwa bile aku belajar di library hanya aku dan dia (Mr.) aku di tegur dan dingikan sekali lagi.. sunggub aku leka.. semoga allah mengampuni dose aku.. sebabnya tanpa aku sedar aku ia boleyh mendatangkan fitnah.. giler apa bagi aku yang alpa ketika itu.. Dalam otak aku.. belajar jer pon... apa ada hal.. kat library lak tuh... kawan jerk pon.. nak exam.. sbb aku n die jerk n die sudi nak ajar aku.. hurmm.. bagi orang yang alpa n terlupa cam aku.. dia kata ntah tak nmpak prob pon disitu,,, cube kalau kiter dok dimeja yang len dan tengok antara aku n Mr tuh.. mesti korang akan kata.. couple rite.. haiyo.. fitnah ke atas aku.. sekarang saper yng cr pasal.. aku kan... hurmm sbb tuh kene berhati2.. islam tak larang kite nk belajar bersama. tapi lebeyh molekkan kalau ada org len atau bile terdesak kiter leyh cr other alternatif lyke tukar notez or watever..

aku ada terbaca tentang benda nih kat blog langit illahi.. memang kene batang idung sendiri..
meyh aku amik sedikit sedutan dr blog tersebut..

Sebenarnya, percampuran lelaki dengan perempuan adalah amat dipandang berat oleh ISLAM. Tidak hairanlah jika kita tidak menjaga pergaulan kita dengan kaum berlawanan jenis, maka kita akan dipandang serong dan mungkin akan dikutuk cela.


ALLAH SWT berfirman: “ Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya(zina) itu adalah satu perbuatan yang keji, dan jalan yang buruk” Surah Al-Israa’ ayat 32.

Ayat ini popular bukan? Selalu kita dengar orang melaung-laung ulang ayat ini bila hendak menceritakan hal kenapa dilarangnya bercampur lelaki dengan perempuan. Tetapi ramai yang membalas semula: “ Kami bukan nak berzina. Kami kawan je. Mana ada sentuh-sentuh.”

Tak mengapa. Kamu cerdik. Pandai kamu memberikan alasan. Saya tinggalkan dulu persoalan “ Kami bukan nak berzina” ini.

“ Ya la, kami bukan nak berzina” Mungkin ada di antara kita membantah. Ya ya, saya faham. Tapi sekarang, kamu nampak tak berzina ni benda yang amat-amat tercela dan terlarang? ALLAH SWT menitik beratkan permasalahan zina ini, berbanding permasalahan menyebar berita palsu, masalah masuk rumah tanpa izin dan pelbagai lagi masalah yang disebut di dalam Surah An-Nur. Dalam banyak masalah itu, zina adalah yang ALLAH letakkan paling hadapan. Malah, bukannya menyatakan itu dan ini berkenaan zina. Tetapi terus kepada hukuman. Dari segi uslub bahasa, ini menunjukkan bahawa permasalahan zina adalah besar.

“ Ya la, tapi kau tak faham ke, kami bukan nak berzina” Ok. Tapi berzina ni benda yang besar, itu kita setuju dan bersepakat bukan? “ ya la. Tapi masalahnya, besar mana pun zina tu, kami berkawan je, bukan nak buat zina tu. So, apa masalahnya?”

Hu hu… Pandainya.

Dalam semua perkara yang terjadi dalam dunia ini, ada yang tiba-tiba terus berlaku kah? Pokok, tiba-tiba terus jadi pokok yang tinggi, banyak cabang. Rumah, tiba-tiba terus terpacak bangunan dua tingkat, bersama swimming pool dan sebagainya. Begitu?

Semua perkara, ada permulaannya. Begitu juga dengan zina. Agak-agak, kalau terus-terus ajak perempuan atau lelaki berzina, dia mahu kah? Mahu kena lempang kamu. Berzina ada gerak langkahnya. Boleh bermula dengan seringan-ringan chatting, boleh bermula dengan semudah perbualan, malah yang paling senang boleh bermula dengan penglihatan.

Di dalam Surah An-Nur, ALLAH SWT berfirman:

“ Katakanlah kepada lelaki-lelaki yang beriman, agar mereka menjaga pandanngan mereka dan memelihara kemaluan mereka, yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya, ALLAH Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan” Surah An-Nur ayat 30.

Kemudian ALLAH SWT berfirman: “ Dan katakanlah kepada para perempuan yang beirman, agar mereka menjaga pandanngan mereka, dan memelihara kemaluan mereka…” Surah An-nur ayat 31.

Kalau diperhatikan dari segi susunan dan penggunaan ayat, ada sesuatu yang besar di dalam larangan mendekati zina tadi. Kita perhatikan, di dalam Surah Al-Israa’ ayat 32, ALLAH SWT menyebut: “ Dan janganlah kamu dekati…” Perkataan ‘dekati’(dalam bahasa arab: Taqrobu) itu digunakan.

Tetapi, tidak ramai yang tahu perbezaan yasna’uun dan yaf’aluun. Tahukah kamu apakah perbezaannya? Yaf’aluun ini membawa maksud benda yang kita buat tanpa berdikit-dikit. Contohnya, menampar. Terus sahaja tamparan kita melayang, tidak lama pun. Mungkin dalam masa beberapa saat. Contoh lain berbohong, terus sahaja kita berbohong, tak perlu jangka masa lama pun.

Tetapi yasna’uun ini berbeza maksudnya. Yasna’uun membawa maksud perbuatan yang berdikit-dikit, terancang, perlahan-lahan hingga mencapai hasilnya.

Kenapa ALLAH gunakan Yasna’uun dalam kes menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan? Maksudnya, ALLAH itu Maha Tahu, dari berkenaan pergerakan kita hendak menghampiri zina itu, dan semua itu dilarang. Itulah kaitannya dengan “ Jangan kamu mendekati…”. Perlahan-lahan kita menghampiri zina, dan itu adalah perkara yang dilarang.

ALLAH hendak menyatakan secara halus, bahawa lelaki itu lebih lemah dalam berurusan dengan hawa nafsu. Lelakilah yang mudah terjerumus, tergugat, bila melihat perempuan berpakaian terdedah, bila digoda dan sebagainya. Sebab itulah ALLAH SWT menyebut lelaki terlebih dahulu.

Di dalam ayat 2 Surah An-Nur pula, kalau kita perasan, ALLAH menyebut: “ Penzina perempuan dan penzina lelaki…” Di situ, kita dapat melihat ALLAH menyebut perempuan terlebih dahulu sebelum lelaki dalam hukuman zina. Kenapa? Sedangkan dalam ayat hukuman kepada pencuri, ALLAH berfirman: “ Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri…” (Al-Maidah: 38) ALLAH telah mengutamakan lelaki dari perempuan. Kenapa dalam hukuman zina, perempuan di dahulukan?

Mudah sahaja. Hal ini kerana, perempuan biasanya menjadi faktor kepada zina itu sendiri. Kalau dalam hal kecurian, lelaki mempunyai lebih kudrat untuk menjadi pencuri berbanding perempuan. Nampak? Susunan ayat di dalam Al-Quran juga ada rahsianya.

“ Ala, kami sembang je, studi sama-sama, bukan nak sentuh-sentuh, bukan nak cium-cium”

Kamu bagi alasan lain. Kenapa nak buat juga walaupun sudah nampak ALLAH larang perkara ini? Tetapi tak mengapalah. Saya bagi pandangan saya.

Saya bagi soalan. Kita ini dengan Nabi Adam, siapakah yang lebih hebat lagi?

Nabi Adam itu Nabi, pernah hidup dalam syurga, dicipta langsung oleh ALLAH SWT, dan malaikat-malaikat pernah sujud kepadanya. Tapi, tahukah kamu apa yang terjadi kepada baginda? Bukankah baginda tertipu oleh syaitan? Bukankah baginda diturunkan ke bumi kerana tertipu denga syaitan?

Jangan ingat, dalam kehidupan kita, hanya ada manusia, tumbuhan, dan haiwan sahaja. Dalam kehidupan kita, ada syaitan yang telah bersumpah untuk menyesatkan kita dengan bersungguh-sungguh. Syaitan yang telah berjaya menipu Nabi Adam, syaitan yang telah berjaya menyesatkan jutaan abid.

Anda lebih hebat daripada Nabi Adam kah?

Kalau kita perasan, sahabat-sahabat Rasulullah SAW juga menuntut ilmu dengan isteri Rasulullah SAW selepas kewafatan Rasulullah SAW. Bagaimana kah cara mereka menuntut ilmu dengan isteri Rasulullah SAW?

Isteri Rasulullah SAW akan berada di belakang tabir, kemudian menyampaikan ilmu.

Nampak? Wahai perempuan, anda dengan isteri Rasulullah SAW, siapakah yang lebih tinggi imannya? Wahai lelaki, siapakah anda jika hendak dibandingkan dengan sahabat Rasulullah SAW? Alangkan mereka yang telah dijanjikan syurga ini pun masih lagi bertabir, menjaga pandangan, menjaga pergaulan mereka, bagaimanakah anda?

Kenapa mereka begitu menjaga sekali pergaulan? Hal ini kerana, meraka faham bahawa syaitan itu akan berusaha bermati-matian untuk menyesatkan. Syaitan akan mencari lubang-lubang untuk membuat serangan. Maka, cara yang terbaik adalah menutup langsung lubang-lubang itu. Cara melarang melakukan perkara kecil yang ditakuti mendatangkan mudarat yang besar ini adalah dinamakan Sadduz Zara’i’. Sadduz Zara’i’ adalah salah satu cara yang digunakan ulama’ dalam menjatuhkan hukum.

Mari kita perhatikan firman ALLAH SWT dalam Surah An-Nur juga pada ayat 21.

“ Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kau mengikuti jejak langkah syaitan. Maka sesungguhnya dia(syaitan) mengajak kamu mengerjakan perbuatan keji dan mungkar…”

Lihat, apakah perkataan yang ALLAH gunakan dalam pesanan ini. “ Janganlah kamu mengikuti jejak langkah syaitan…” Lihat, jejak langkah. Maksudnya, syaitan ini akan membawa kita sedikit demi sedikit, sedikit demi sedikit, hinggalah akhirnya, kita tidak perasan yang kita telah terperangkap dalam keingkaran kita kepada ALLAH SWT.

Syaitan tak akan kata kepada kita: “ Berzinalah kau dengan dia” Gerenti kita tempelak balik syaitan dengan berkata: “ Gila ke? Zina tu dosa besar!”

Syaitan tidak sebodoh itu. Syaitan adalah makhluk yang berjaya membuatkan beberapa kaum membunuh nabi-nabi mereka. Syaitan adalah makhluk yang pernah berjaya menundukkan jutaan abid. Syaitan juga adalah makhluk yang berjaya memperdayakan Nabi Adam. Masakan dia akan bertindak bodoh untuk memperdayakan kita. Syaitan ada jutaan teknik untuk memperdayakan kita. Dia akan memimpin kita, perlahan-lahan, sedikit demi sedikit, bermula dengan sekecil-kecil perkara, perlahan-lahan mendaki satu demi satu tangga maksiat, dan akhirnya memerangkap kita dalam kemungkaran. Yang pertama syaitan lumpuhkan adalah hati. Biar hati tidak nampak lagi itu baik atau buruk. Kemudian dia akan matikan akal. Biar kita tidak dapat fikirkan lagi dosa pahala. Akhrinya, dia akan menolak kita melakukan pengingkaran kepada ALLAH. Bukan dalam hal zina sahaja, tetapi dalam semua medan dosa.

Di akhirat nanti, kita akan berkata kepada ALLAH SWT: “ Ya ALLAH, Syaitan inilah yang menyesatkan aku. Aku tidak mahu ingkar pada ENGKAU sebenarnya, tetapi syaitan ini telah menutup akalku, mematikan hatiku. Ya ALLAH, siksalah dia dan jangan kau siksa aku”

Masa itu, tahukah anda apa yang syaitan akan katakan kepada kita?

Manusia pula, sifatnya lemah. Sebentar di atas, sebentar di bawah. Iman manusia itu juga sifatnya naik dan turun. Maka, bagaimana kita hendak menyelamatkan diri kita daripada hasutan tipu daya syaitan, jika kita sendiri melemahkan diri kita, sengaja berbuat kemungkaran? Bagaimana hendak menjaga keimanan, ketaatan kepada ALLAH jika kita sendiri yang membuka pintu untuk syaitan menghasut kita?

Nampak? Adakah sekarang anda sudah nampak kenapa ikhtilat itu tidak dibenarkan? Nampak kah kamu kenapa ALLAH melarang lelaki dan perempuan bercampur tanpa batasan?

Masihkah anda hendak berkata: “ Ala, kami bukannya apa, kawan je” ?

Syaitan akan mencucuk anda, menghasut anda, dari arah dan cara yang tidak anda sangka-sangka. Alangkan sahabat Rasulullah SAW, isteri Rasulullah SAW yang dijanjikan syurga juga berjaga-jaga, bagaimanakah anda yang tidak tahu ke mana lagi anda akan pergi di hari nanti?

“ Ish, susah la…” Alasan anda yang terakhir bukan?

ALLAH akan bayar kesusahan anda yang sedikit ini, dengan syruga yang kekal abadi, penuh dengan kenikmatan, malah perkara-perkara yang anda tidak pernah impikan pun ada di dalamnya. Apa lah sangat kesusahan yang ada di dunia ini?

http://ms.langitilahi.com/bila-kamu-bising-fasal-ikhtilat/

Jadi dalam hidup ini kiter kene ingat segala2nye..Doa supaya aku tak leka.. untuk tatapan kawan2 aku gak babe.. dan tadi aku ada jumpa khutbah terakhir dari nabi...aku pernah baca.tadi aku tebaca lagi.. maka meleh air mata aku.. . dan kat sini aku kongsi untuk korang...

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W.

Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah
Tahun 10 Hijriyang di Lembah Uranah, Gunung Arafah



Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah deign telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih saying. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-katku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.


Andai hidup akan datang aku melakukan dose yang tak terpikul maka kau ambillah nyawaku... Dan Berikanlah juga kesempatan untuk aku brtaubat dan menebus segla kesilapan ku..

Wassalam.. hanya meluahkan apa yang tebuku dihatiku Pada hari ini...

Wednesday, June 8, 2011

If

Haha..
Assalamualaikum untuk semua.. aku baru blik dari JKM..

Cuti tp kene wat projek.. sib bek area umah... cool seyhh..

Ada sorg nih dr dulu wat aku geram,.... Haha,, Kalau Aku jadi vampire memang dielah org pertama aku hisap darahnyer.. hahaha....

Saper2 mesti tertanya2.. kan.. Saper lagi Miss Seha.. G.E.R.A.M.. tinggal nak hot jerkkk.. hahaha... plus P.A.S.R.A.H..

cINTA mELODY... lyKE... tWINK.. TWINK...

Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
saat ku harus bersabar dan trus bersabar
menantikan kehadiran dirimu
entah sampai kapan aku harus menunggu
sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
kadang kuberpikir cari penggantimu
saat kau jauh disana
ooo…

*)
Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
entah penantianku takkan sia-sia
dan berikan satu jawaban pasti
entah sampai kapan aku harus bertahan
saat kau jauh disana rasa cemburu
merasuk kedalam pikiranku melayang
tak tentu arah tentang dirimu
apakah sama yang kau rasakan

reff:
walau raga kita terpisah jauh
namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
dan rasakan a a a aku
kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
percayakan kesetiaan ini
akan KEtulusAN a a ai aishiteru

Bridge:
hapus sendiri pikiran melayang terbang
perasaan resah gelisah
jalani kenyataan hidup tanpa gairah
o…uo..
banyak segala misi dan ambisimu
akhiri semuanya cukup sampai disini
dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
kumohon kau kembali

kembali ke *)

Monday, June 6, 2011

FrEEstYle

Assalam...



"In the name of God, most Gracious, most Compassionate".

Sorry ler.. dah lama tak update.. tak berkesempatan...

Huh.. Genaplah aku 2 minggu kat rumah... Yup.. wat apa kat umah??? hurm.. sambil wat Projek kat JKM (Jabatan Kimia Malaysia) sambil beristirehat... every week diary aku penuh dengan undangan... Hurmmm.. Ramai lak kekawan aku nak kawen...

Tajuk first kawen...

Haahahaha.. Alhamdulillah,, Single To Married.. Memandangkan aku nih budak lompat.. maka tidak hairanla kekawan aku dh naek ke jinjang pelamin... hurmmm .. minggu lepas kenduri Farah.. pagi petang siang mlm aku kat sane.. ait~~ cam menipu jerk.. kire aku ada ler meraikan majlis tersebut.. barakallahulakuma....

Tadi tengok imam muda.. haila pasal kawen... maner taknyer tiap mnggu ada jemputan kahwen... JOM KAWEN... calon~~~

haha.. bukan tak nak kahwin... tapi.....
kalau family sendr pun aku tak hbs balas jasa cm ner ler nak berjasa ngan suami... kalau duit makan pon mintak parents.. cam ner aku nak tolong suami aku beli makanan n minuman... Kalau ngan adik aku pun asyik bertepuk tampar cam ner ler nak jaga keamanan family aku.. uhuuu...

Tapi biler kahwen bukan sumer tuh leyh belajar ker?? hahahah.. Bile wajibnyer seseorang tuh bernikah?? biler timbul keinginan melakukan zina... pandang seseorang yang bukan mahram pun zian tanu.. zina kecik...
dan bile seseorang itu haram berkahwin?? bile seseorang itu tak berkemampuan dan khuatir pasangannye akan tersiksa.. nih sumer yang aku tengok dalam imam muda ler...

BTW.. weii akuu lup nak wish kakak aku ACU.. kawen.. selmat pengantin baru achu... sorri tak dpt dtg.. tarikhnye sama ngan aqiqah anak buah aku..

best gak ramai kawen... sekarang aku ngah berjinak2 ngan DSLR tapi as hobby ler.. ngah belajar.. tapikan.... kalau DR UMI tau aku guna cam lab mmg kantoi ar.... .. nah tatapan korang....







2nd story mory..

ahad lepas bro kembar aku wat kenduri aqiqh... tapi gambar nyer aku tak upload lagi..kenduri nih utk anak buah aku namanya haris zakuan.. abg aku namakan beliau sbbnyer nak anaknyer terror maen bola... cet... ramai gak ar sedara mara yang datang.. dr atuk moyang hingga cucu cicit aku... haha.. 2 hari 2 malam ar kepenatan.. sampai flat.. sampai aku nak minum pun hanya dgn pandangan mata jerk.. sadis tak...

Ayo.. mmg ler penuh kelukaan ditangan aku.. basuh ayam, ikan, kambing,, ayo.. banyak lak lauk mak aku masak.. Kambing kari, pajeri nenas, ayam goreng, kuah lemak pucuk paku, dadih, coconut jelly, kek.. n so on... uhuuu.. terbaek..

kenapa perlu aqiqah.. untuk sambut sunnah nabi.. ianya dilakukan sebab tanda kesyukuran dapat anak.. selalunya lelaki 2 ekor kambing n perempuan seekor.. tapi ikut kemampuan.. dunt worry allah maha mengetahui.. boleyh wat sampai anak kite tuh akil baghil.. Apa beza aqiqah n korban.. simple n steady,,, aqiqah kiter masak lauk dah siap.. selalunyer disertai berzanji.. wat bile2 jerk.. korban kiter bagi bahagian tersebut tak yah masak... selalunya tak disertai berzanji.. uhu...

3rd citer...
euuuu....rindunyer.. dengan someone.. yang jauh,,, tapi rasanya dekat jerk ngan aku.. haha.. rindu tuh maknanyer luas.. Rindu ALLLAh, RAsul,,, family dah depn mata.. tak berapa nak rindu... n kekawan.. SMK18. UM. UTM. coolio~`

Rindu itu ialah cinta yang berlebihan, dan ada rindu yang disertai dengan menjaga diri dan ada juga yang diikuti dengan kerendahan. Maka rindu tersebut bukanlah hal yang tercela dan keji secara mutlak. Tetapi bisa jadi orang yang rindu itu, rindunya disertai dengan menjaga diri dan kesucian, dan kadang-kadang ada rindu itu disertai kerendahan dan kehinaan.




4th kisah

Aku masuk jabatan kimia hari2 run GRIM aku... huhu.. mmg rasa buhsan jugak ar dok lab tuh.. seseorang.. tak der kawan ma.. sume bz.. sib bek aku wat JKM tuh macam aku yang punyer.. haha.. tapi tak leyh mengeluh... kene ikhas...

macam Miss Seha cakap, 2011.. ciatation yerk cik seha.. bukan senang nak ikhlas.. naktulis perkataan ikhlas dengan hati ikhlas pn susah.. betulkan???semakin kita cari semamkin misteri. Ikhlas tuh rahsia dalam rahsia ALLAH.. Buat kebaikan bukan kerana ALLAh bukan ikhlas namanya.. Tinggl kejahatan bukan kerana ALLAh bukan ikhlas namanya.. Biler org yang tau tapi buat2 tak tau akan berkata : tak nak pakai tudung ar... kalau pakai tudung tak ikhlas cqam ner?? hah.. memeng menarik.. sebb tuh.. nak terangkan orang yang mmg tak tau lebeyh senang drpada orang yang tau.. untuk menerima.. kene le pandai bezakan.. kewajipan oiaitu suruhan ALLAh.. paksa pakai tudung.. sebab.. tuntutan agama... tapi biler dah besakan.. kite takkan persoalkannya.. berfdikirlah time pakai tudung segala hikmah yng ada.. jgan on off.... tapikan... bile pakai tudung mmg nampak cool.. n comey as me.. haiya.. perasan tak.. hikhik..



Jadinya.. renung2kan wanna budget vacation.. saper mau join..?? any idea or tempat.. na.~~ good luck 4 ur 5th year b a muslim dr.. C yAA