About Me

My photo
Aku BUKan PEnCerita bUkaN jUga PereKA cRiter Aku AdaLah akU YaNg LahiR DiMuka bUmi Pada 25 JUn Aku HanYe IngiN mEluaHkan DaN berKongSi CeRitA YAnG MasiH SurviVe di UM MeMegganG AmAnah seBAgai Student SuPaya AgaMa, Bangsaku, dAN nEGaraKU TErPelihaRa ThE HEadGurlZ a.k.a geeda

Monday, July 11, 2011

JoM kawen

Hakhak...

Assalamualaikum
Dah lama rasanya tak update blog sini.. tak berkesempatan...

wah... propa tak aku punya topic hari ini....

kenapa tetibe aku cakapa pasal kawen nih??? dah sampai seru kot... hikhikhik...

tak adalah.. abang aku nih nak tunang minggu nih.. well sangat la gumbire... ulang lagi seklai.. gumbire... tapi adakalanya panas... bile sume sibuk menanyakan aku dah ada kawan ker lum...
Bila kita kahwin bukan kita kahwin dengan pasangan kita jerk.. tapi juga keluarga.. Mointa restu parents and keluarga. kalau keluarga tak setuju batalkan sahaja.. tapi lebih bagus kalau kita amik hati keluarga baru berkahwin. ini penting agar tiada halangan atau apa saja cabaran yang mungkin kita tak mampu tanggung bila dah nerada di alam rumah tangga. macam yang kite selalu tengok dalam tv...

ayoo... adik aku pun nak kawen... cet...
masalahnya yang inche nih wat macam biasa jerk.. haiya~~`` jangan ar cm tuh.. kalau nak dapatkan anak dara orang usaha.. kalau betul nak buktikan.. datang bawak parents.. risik.. walau ia hanya adat bukan tuntutan agama.. tapi itu juga yang terbaik...adat melayu kalau kita tak guna siapa akan guna.. itu keopanan kita dalam berbudaya..

kahwin nih ada hukum tau...

bukan suka2 tau...

  • Wajib kepada orang yang mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh menjatuhkan ke lembah maksiat (zina dan sebagainya) sedangkan ia seorang yang mampu.disini mampu bermaksud ia mampu membayar mahar(mas berkahminan/dower) dan mampu nafkah kepad bakal isterinya. Dalam permasalahan ini boleh didahulukan perkahwinan dari naik hajikerana gusar penzinaan akan berlaku, tetapi jika dapat dikawal nafsu, maka ibadat haji yang wajib perlu didahulukan kerana beliau seorang yang berkemampuan dalam segala aspek.
  • Sunat kepada orang yang mampu tetapi dapat mengawal nafsunya.
  • Harus kepada orang yang tidak ada padanya galakan dan bantahan untuk berkahwin dan ini merupakan hukum asal perkahwinan
  • Makruh kepada orang yang tidak berkemampuan dari segi nafkah batin dan lahir tetapi sekadar tidak memberi kemudaratan kepada isteri, sama ada ia kaya atau tiada nafsu yang kuat
  • Haram kepada orang yang tidak berkempuan untuk memberi nafkah batin dan lahir dan ia sendiri tidak berkuasa (lemah), tidak punya keinginan berkahwin serta akan menganiaya isteri jika dia berkahwin.

SEbab tuh ada yang demand.. aku tak rasa demand tuh tak penting.. its also penting.. sebab kita kahwin sampai akhir hayat dan berkasih syaang hingga kesyurga.. sebab tuh kene demand...

kita nak dunia dan akhirat...

akhirat tuh penting... bila dapat akhirat i-allh pasti dapat dunia..

sebab aku perempuan so aku sertakan beberapa kriteriah duhai si pahlawan

1). Islam.

Untuk menjadikan kita selamat dunia dan akhirat kelak.

Sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta’ala :

“ … dan janganlah kamu menikahkan orang-orang musyrik (dengan wanita-wanita Mukmin) sebelum mereka beriman. Sesungguhnya budak yang Mukmin lebih baik dari orang musyrik walaupun dia menarik hatimu. Mereka mengajak ke neraka, sedang Allah mengajak ke Surga dan ampunan dengan izin-Nya. Dan Allah menerangkan ayat-ayat-Nya (perintah-perintah-Nya) kepada manusia supaya mereka mengambil pelajaran.” (QS. Al Baqarah : 221)

2. Berilmu dan Baik Akhlaknya.

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda :

“Apabila kamu sekalian didatangi oleh seseorang yang Dien dan akhlaknya kamu ridhai maka kawinkanlah ia. Jika kamu sekalian tidak melaksanakannya maka akan terjadi fitnah di muka bumi ini dan tersebarlah kerusakan.” (HR. At Tirmidzi)

Inche yang istimewaan adalah lelaki yang mempunyai ketakwaan dan akhlak yang soleh.

cam ne nak tau kesalehan dan akhlak yang baik.. lelaki itu perlu tahu hukum-hukum Allah tentang bagaimana melayan isteri, berbuat baik kepadanya, dan menjaga kehormatan dirinya serta agamanya.. Ynag ni penting tau supaya dapat bina keluarga .

Jika dia merasa ada kekurangan pada diri si istri yang dia tidak sukai, maka dia segera mengingat sabda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam yaitu :

Dari Abu Hurairah radliyallahu ‘anhu berkata, bersabda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam : “Jangan membenci seorang Mukmin (laki-laki) pada Mukminat (perempuan) jika ia tidak suka suatu kelakuannya pasti ada juga kelakuan lainnya yang ia sukai.” (HR. Muslim)

Sehubungan dengan memilih calon suami untuk anak perempuan berdasarkan ketakwaannya, Al Hasan bin Ali rahimahullah pernah berkata pada seorang laki-laki :

“Kawinkanlah puterimu dengan laki-laki yang bertakwa sebab jika laki-laki itu mencintainya maka dia akan memuliakannya, dan jika tidak menyukainya maka dia tidak akan mendzaliminya.”

itulah serba seikit yang aku dapat tulis...assalam

so JOm kawen....